Seawal pagi Damia dah bangun mengejutkan kami sekeluarga dengan mulutnya yang bising... Apabila si ibu dan ayah mula duduk, tersenyum lebar pula Damia sebab berjaya mengejutkan ibu dan ayahnya... Setelah selesai solat subuh, mandi dan bersiap, lebih kurang jam 9 pagi, kami bergerak ke Retoran Rasa Village... Seperti yang dijanjikan, kami mendapat sarapan sekali dengan pakej bilik kami... Pelbagai pilihan di menu yang diberikan, namun pilihan ibu mertuaku dan encik hubby ku hanya nasi lemak, kopi dan milo... Manakala aku pula menikmati capati dan juga jus tembikai susu... Sambil2 kami menunggu, sempat juga kami berposing, hehehehe...
Setelah selesai sarapan, kami terus bergerak ke Langkawi Cabel Car... Memang agak awal, tetapi perjalanan ke sana juga mengambil masa lebih kurang 20minit... Kami antara yang awal tiba, jadi sementara menunggu kaunter tiket di buka, kami sempat juga mengintai kedai-kedai yang ada disekeliling... Dalam banyak-banyak kedai, ada juga yang berkenan di hati... Bukan coklat yang kami cari, tapi topi... Maklumlah, dah berjalan-jalan, kadang perit gak kan sebab pancaran matahari yang panas (ayat macam puteri lilin lak)... Setelah selesai membeli topi, kami terus ke kaunter tiket... Sewaktu encik hubby membeli tiket, lupa lak kami tentang i/c kami, hehehehe... So, kepada sesiapa yang nak gi, jangan lupa standby awal2 i/c, senang apabila berurusan dengan penjual tiket... Nasib baik xramai, dalam 10 minit kami selesai membeli tiket dan terus naik ke stesen untuk menunggu giliran kami... Nasib kami memang tersangat baik, xsampai dalam 30minit, kami dah naik kereta kabel... Cuaca di atas agak berkabus, sejuk gak kami rasa... Ketika di dalam kereta kabel, aku tersenyum melihat gelagat mak mertua dan juga pasangan pelancong yang bersama kami... Mak mertua yang gayat, sanggup berdiri dan bertukar tempat duduk semata-mata untuk bergambar... Aduhai, kelakar juga masa tu sebab anak muda yang bersama kami tu pun gayat rupanya...
Kami semua memilih stesen paling atas, jadi apabila tiba di stesen pemerhati yang pertama, kami tidak keluar dari kereta kabel tersebut, malah meneruskan perjalanan untuk ke stesen kedua... Setibanya kami semua di stesen pemerhati kedua, kami semua turun dan terus naik ke atas stesen pemerhati... Sejuk yang amat makin terasa kerana pada waktu itu, kabus agak tebal... Disebabkan kabus dan faktor cuaca, kami tidak dapat naik jambatan gantung ketika itu... Tapi, bagi aku yang sedang mendukung si kechil, rasa lega gak coz terasa juga penatnya bila menaiki tangga tadi... Puas hatiku dan suamiku sebab dapat menikmati keindahan alam semulajadi...Mak mertua ku pula sangat seronok dan tergambar disenyumannya...Walaupun masih terasa gayat, namun dia sangat berpuas hati kerana dapat menikmati keindahan Langkawi di waktu pagi... Sangat cantik permandangan ketika itu... Damia pula menggunakan peluang untuk tido dengan udara yang nyaman... Memang best kalau tido sebab sejuk dan udara pun terasa segar...
