Friday, 21 June 2013

Petua menghilangkan kuning untuk bayi baru lahir

Saya bercakap berdasarkan pengalaman yang mungkin dapat membantu. Antaranya:


  • Pokok dukung anak - Digunakan sewaktu mandikan bayi

  • Daun kucai - Digunakan sewaktu mandikan bayi

  • Sengkuang cina - Sengkuang di blend dengan air suam dan tapis, air sengkuang diberi kepada bayi sedikit demi sedikit

  • Susu kambing - Susu kambing ada yang kata panas, saya xpernah cuba, tapi kawan2 ajar kalau nak bagi, juz setitik atau 2 titik je.
  • Ubat sensei (beli kat kedai ubat cina) -  - Digunakan sewaktu mandikan bayi (Cara ni sesuai dan serasi dengan Danish)
  • Susu badan - Sebaik-baiknya, susu badan antara yang terbaik untuk bayi yang ada mslh jaundis. Cuma perlu beri dengan kerap, so bayi anda akan kerap untuk poo poo dan dapat membantu dia untuk kurangkan kuning.

Alhamdulillah, jaundis Danish berkurang selepas beberapa hari. Kesian adik, before keluar wad, abes kulit adik terbakar sebab kena jemur bawah "Lampu"...




Welcome to da world my little cute baby boy

24 Mei 2013, tarikh yang bersejarah buat kami atas kelahiran putera yang pertama dan anak yang kedua untuk kami sekeluarga...

Nama diberi Danish Darwisy bin Muhamad Zubir dgn maksud bijak warak... Ibu doakan semoga anak ibu menjadi anak yang seindah nama yang diberi dan menjadi ummah yang berjaya...

Aku berjaya melahirkan Danish Darwisy secara normal dengan bantuan epidural dan support dari sahabat baik aku Dr. Nadia yang sanggup menemani aku dari pagi hingga selesai kelahiran dan proses menjahit... Berkat doa daripada family dan kawan2 banyak juga membantu aku untuk lebih kuat dan semangatku untuk mencapai impian bersalin secara normal berjaya...

Alhamdulillah, atas kurnia dariNya... Segalanya dipermudahkan dan pada jam 1607 doc telah menyambut kelahiran anakku dengan beratnya 3.03kg.