Saturday, 2 November 2013

Bonzai air

Sejak berkawan dengan kawan2 cina, terikut gak cara makan (yang halal sahaja), cara berkomunikasi dan sekarang minat pada bonzai...

Aku yang dari dulu sukakan bercucuk tanam dah mula jatuh minat pada bonzai sejak berkahwin dengan en.suami, tapi sayangnya pokok bonzai yang kami beli hampir mencecah RM 100 telah mati akibat diserang siput @ perosak...

Tapi,apabila kawan dipejabat memberitahu ada jualan murah untuk bonzai air, terus aku dan kawan2 lain berminat untuk membeli... Dengan harga RM 34 untuk satu set, kami dapat mencuba untuk 4 jenis bonzai air. Antaranya Love Grass, Heart Shape Grass, Rock Grass & Coin Grass... Harap2 usaha kami berhasil...