Ya Allah, comot dibuatnya bila si chumell ibu mkn biskut oreo yg diberikan oleh tok udanya... Tp ibu xkisah, janji Damia dpt belajar makan sendiri... Cuma ibu kena basuh baju lebih jawabnya... Semoga anak ibu sihat selalu, seronok bila tengok ragam anak ibu sekarang...
Wednesday, 18 July 2012
WARNA WARNI MALAYSIA
Tahukah kawan2, tahun ini sambutan pesta flora diadakan di Putrajaya? Ibu pun baru tahu apabila encik suami membawa ibu dan Damia ke Putrajaya. Dalam keadaan demam, ibu turutkan sahaja kehendak suami kerana dia tidak pernah berpeluang melihat secara langsung dihadapannya.
Macam2 dugaan untuk kami ke sana, mula2 hujan lebat sewaktu kami hendak bergerak dari rumah, kemudian kami berpusing jauh untuk mencari lokasi tersebut, dan akhir sekali kami terpaksa berjalan kaki yang agak jauh kerana kawasan parkir yang berdekatan telah penuh.
Tuesday, 10 July 2012
MUHASABAH DIRI
Saat menanggung kesakitan, pernahkah anda terasa dunia ini tidak adil? Saya sering memotivasikan diri dengan pelbagai alasan agar menerima kesakitan tersebut agar tidak mempersoalkan mengapa saya perlu menanggung kesakitan tersebut...
Saya mempunyai masalah tekanan darah rendah, namun bagi saya itu lebih baik berbanding dengan pesakit yang menghadapi masalah tekanan darah tinggi. Hal ini kerana, sewaktu saya mengandung, tekanan darah saya sentiasa normal walhal tanpa mengandung saya akan terpaksa menanggung masalah tekanan darah rendah...
Gastrik yang saya alami juga semakin teruk, pada bulan Ramadhan akan datang, saya terpaksa membuat pemeriksaan endoskopi untuk kali kedua yang tidak pernah saya nantikan, tapi itu semua untuk kebaikan saya juga agar saya dapat mengetahui status masalah gastrik...
Apabila asyik cuti sakit je, kerja2 pun makin banyak yang menanti. Tetapi, Alhamdulillah, masalah migrain yang saya biasa hadapi tidak mengganggu kerja. Moga, tahap kesakitan ini dapat saya atasi selamanya...
Kini saya terpaksa menghadapi masalah batuk yang telah saya tanggung sejak 1 minggu. Namun sehingga kini tidak berkurang walaupun saya telah makan ubat, minum air asam jawa, minum madu+limau dan sebagainya. Tambahan pula saya juga sedang menahan masalah selesema.
Walau apapun sakit yang ditanggung, ingatlah wahai kawan2, Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui setiap apa yang berlaku di dunia ini. Saya sentiasa ingat pesanan kawan2 saya sewaktu belajar dahulu, Allah tidak akan duga umatNya sekirannya umatNya tidak mampu untuk menghadapi dugaan tersebut. Jadi, kita redha dan berdoa lah serta bertawakal kepadaNya kerana Allah juga Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Friday, 6 July 2012
TARIKH ISTIMEWAKU 6 JULAI 2012
Alhamdulillah, genap sudah umurku 26 tahun hidup di dunia ini... Terima kasih Ya Allah kerana memberiku peluang untuk terus bersama keluarga yang tersayang... Walaupun demam, batuk, dan selesema menyerang tetapi aku tetap bersyukur.
Agak mengejutkan, suami ku telah memberiku 3 kuntum bunga yang mempunyai pelbagai maksud... Tiba di rumah mak pulak, ada kek yang telah tersedia untuk aku memotongnya... Kejutan nie nampak serba serdahana dan xpernah diduga pun oleh diri nie. Bagi diriku, cukup lah sekadar ingatan tetapi apabila mendapat kejutan sebegini sudah tentu aku berasa terharu yang tidak terhingga... Rasa macam nak mengalir juga air mata kerana pada sangkaanku, suami ku telah lupa tarikh istimewa ini...
potongan pertama adalah utk suami tersayang
Terima kasih wahai suamiku... Diri ini terasa sangat dihargai. Ibu xsangka ayah akan buat kejutan untuk ibu. Ibu sayang ayah sangat2... Semoga kita akan kekal bersama hingga ke syurga, insyaAllah...
When we at KL Tower
Alhamdulillah, berjaya juga puasa pada hari Nifsu Syaaban bersamaan 15 Syaaban 1433 @ 5 Julai 2012... Seperti yang diniatkan, boss kami belanja untuk semua staff yang berjaya puasa pada hari tersebut... Tapi bagi pihak staff pulak, kami xsangka yang kami akan berbuka bersama dan paling mengejutkan apabila kami berpeluang berbuka di restoran mewah di Menara Kuala Lumpur. Moga rezeki boss kami dimurahkan dan dilanjutkan usianya...
Kami bergerak ke Menara KL selepas waktu bekerja jam1730. Disebabkan jalan yang sesak, kami terpisah. Pada mulanya, kereta yang ibu naiki tiada yang tahu jalan2 yang mungkin short-cut untuk elak kesesakan tersebut, tetapi apabila kami terpisah, terpaksa lah ibu mengeluarkan hp ibu yang baterinya pun xberapa nak ada. Nasib lah da program Garmin yang membantu. Kami berjaya tiba ke destinasi pada jam1800. Tidak pula kami rancang untuk tiba di Menara KL pada masa tersebut. Ada lagi 2 kereta lagi yang belum tiba, sementara menunggu, kami bergambar sambil keliling lobby menara.
Dah dekat jam1930 baru semua sekali sampai... Then kami semua bergerak ke lift sambil diiringi pelayan Menara KL tersebut... Tiba di atas, kami disambut sekali lagi dan dibawa terus ke meja makan... Seronok juga dapat layanan camni, bayar lebih pun xpa coz layanan yang diberi memang tersangat puas hati. Meja kami telah ditempatkan di meja yang telah siap sedia untuk kami semua menjamu selera. Kami terus bergerak ke buffet makanan untuk mengambil makanan yang telah disediakan untuk kami semua berbuka puasa. Alhamdulillah,setelah selesai berbuka, kami terus ke surau sebelum sambung makan, hehehehehehe...
Setelah selesai kami berbuka, bersolat dan kemudian menjamu selera kembali, kami mula bergambar untuk simpanan kenangan. Masa tu pun, perut masing2 dah kenyang dan mungkin dah penuh kot... Pilihan makanan sangat banyak, dari Malay Menu, Chinese Menu, Western, Desert dan macam2 lagi yang da, sudah tentu dapat memenuhi ruang perut kami semua....
Ragam kami yang agak nakal, mungkin menyebabkan kami agak lupa bahawa kami sedang berada di restoran mewah, tapi da kami kisah... Hahahahaha, sikap slumber dan gila-gila menyebabkan kami bergambar tanpa memikirkan orang lain. Pelayan restoran tu pun tersenyum lebar sepanjang kami di sana kerana sikap kami yang ramah, membuatkan kami menambah keseronokan di malam tersebut.
Tuesday, 3 July 2012
TEKNIK MAINAN SAMBIL BELAJAR
23hb Jun 2012, saya, encik suami dan Damia mengikut famili ku ke Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) untuk melawat adik bongsu yang sedang belajar disana. Maklumlah, anak bongsu, baru 1 bulan di sana, dah tanya famili bila nak datang melawat, lebih2 lagi bila dia seorang je yang tidak dapat menghadirkan diri sewaktu kenduri abang nya pada 17hb Jun yg lepas.
Sampai sahaja di KMPk, kami menunggu adik bongsu bersiap dan terus bergerak ke Ipoh... Asalnya nak beli barang, tapi dah alang-alang sampai di sana, terus kami pusing2 dahulu Bandar Ipoh. Memang seronok sesekali melawat kawasan peniggalan sejarah ni. Masih terdapat banyak lagi bangunan2 lama dan artifak sejarah di sini...
Dulu masa saya belajar di KMPk, hanya ada Jusco, Ipoh Parade, Tesco dan UO... Tapi sekarang dah da Mydin Hypermarket di Ipoh... Wahhh, makin sakan tengok orang2 Ipoh shopping kt sini... Bagi kami, xda beza pun di USJ dan Ipoh, cuma kalau dibandingkan keselesaan, selesa lagi di Ipoh...
Damia dapat mainan dari atok dan neneknya... Masa tu dia tengah tido, kalau masa dia jaga, semua mainan Damia minta agaknya...
Tapi sekarang,mainan yang atok bg nie dah jadi favourite dia since Damia pegang mainan nie. Buah yang paling dia suka makan anggur, jadi buah anggur juga yang jadi kegemaran dia untuk bermain... Di ajak "PINK BUNNY" dan "YELSTAR" dia main bersama buah2an nie termasuk la si "CROCODILE"...
Gaya dah macam budak besar bila tengok cara dia main, mulut membebel aje, ibu lak xleh nak faham bahasa Damia, so semuanya ibu layan je la,hehehehehe...
Moga anak ibu akan sentiasa dapat belajar sesuatu yang baru... Ibu akan cuba lagi cari bahan2 yang boleh dijadikan rujukan dan alatan tambahan untuk anak ibu belajar dan menimba ilmu, insyaAllah...
Subscribe to:
Posts (Atom)












