Tahukah kawan2, tahun ini sambutan pesta flora diadakan di Putrajaya? Ibu pun baru tahu apabila encik suami membawa ibu dan Damia ke Putrajaya. Dalam keadaan demam, ibu turutkan sahaja kehendak suami kerana dia tidak pernah berpeluang melihat secara langsung dihadapannya.
Macam2 dugaan untuk kami ke sana, mula2 hujan lebat sewaktu kami hendak bergerak dari rumah, kemudian kami berpusing jauh untuk mencari lokasi tersebut, dan akhir sekali kami terpaksa berjalan kaki yang agak jauh kerana kawasan parkir yang berdekatan telah penuh.
Sampai sahaja di sana, kami menggunakan peluang yang ada untuk bergambar... Semestinya gambar yang diambil akan kelihatan cantik dengan hiasan bunga2 disekeliling tapak pesta tersebut... Damia juga tidak meragam, paling yang Damia seronok, apabila mendengar suara kanak2 kecil dan baby yang ada di tapak pesta tersebut. Agak mudah melayan kerenah Damia sekarang... Seperti yang dikatakan neneknya, bunga elok dibawa kepada bunga... Memang seronok Damia melihat bunga2 yang berwarna-warni. Kadang2, kenakalannya membawa tangannya untuk mencapai bunga2 yang cantik, tapi kami sempat menepis dan memberi pengajaran kepadanya bahawa bunga itu bukan miliknya.
No comments:
Post a Comment