Alhamdulillah, genap sudah umurku 26 tahun hidup di dunia ini... Terima kasih Ya Allah kerana memberiku peluang untuk terus bersama keluarga yang tersayang... Walaupun demam, batuk, dan selesema menyerang tetapi aku tetap bersyukur.
Agak mengejutkan, suami ku telah memberiku 3 kuntum bunga yang mempunyai pelbagai maksud... Tiba di rumah mak pulak, ada kek yang telah tersedia untuk aku memotongnya... Kejutan nie nampak serba serdahana dan xpernah diduga pun oleh diri nie. Bagi diriku, cukup lah sekadar ingatan tetapi apabila mendapat kejutan sebegini sudah tentu aku berasa terharu yang tidak terhingga... Rasa macam nak mengalir juga air mata kerana pada sangkaanku, suami ku telah lupa tarikh istimewa ini...
potongan pertama adalah utk suami tersayang
Terima kasih wahai suamiku... Diri ini terasa sangat dihargai. Ibu xsangka ayah akan buat kejutan untuk ibu. Ibu sayang ayah sangat2... Semoga kita akan kekal bersama hingga ke syurga, insyaAllah...

No comments:
Post a Comment