Saturday, 2 November 2013

Bonzai air

Sejak berkawan dengan kawan2 cina, terikut gak cara makan (yang halal sahaja), cara berkomunikasi dan sekarang minat pada bonzai...

Aku yang dari dulu sukakan bercucuk tanam dah mula jatuh minat pada bonzai sejak berkahwin dengan en.suami, tapi sayangnya pokok bonzai yang kami beli hampir mencecah RM 100 telah mati akibat diserang siput @ perosak...

Tapi,apabila kawan dipejabat memberitahu ada jualan murah untuk bonzai air, terus aku dan kawan2 lain berminat untuk membeli... Dengan harga RM 34 untuk satu set, kami dapat mencuba untuk 4 jenis bonzai air. Antaranya Love Grass, Heart Shape Grass, Rock Grass & Coin Grass... Harap2 usaha kami berhasil...










Thursday, 24 October 2013

Rumah Impian

Alhamdulillah... Semua dokumen yang diperlukan telah kami hantar kepada pihak pemaju... Kini kami hanya perlu menanti dan menunggu keputusan pihak bank untuk pinjaman perumahan kami....

Dengan niat kerana Mu ya Allah, kami membeli rumah ini untuk menjaga mak dan abah yang semakin berusia dan kurang sihat... Mungkin, dengan keadaan rumah yang besar dan lebih selesa, mak dan abah akan lebih tenang dan sihat...

Harapan kami kini agar segala urusan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar... Semoga angan2 kami akan menjadi kenyataan... Ya Allah, bantulah kami, bukakan lah pintu rezeki kami dan rahmatilah kami Ya Allah... Segalanya atas ketentuan Mu Ya Tuhanku...

Pilihan kami Nusa Suria Type C, dulu harga mungkin murah tapi masa kami nak beli,harga pasaran sekarang dah RM 462K... Harap2 permohonan pinjaman perumahan kami berjaya...InsyaAllah...




















Sunday, 20 October 2013

Singgah sebentar di Cameron Highland

30 April 2013, hari terakhir paper untuk adik bongsu ku dan hari terakhir dia di KMPk...

Setelah selesai mengangkut semua barang2 imah ke kereta, suamiku terus menuju ke simpang pulai, salah satu jalan untuk ke Cameron Highland...

Kami tidak bermalam di sana, sekadar pusing2 dan bawa mak abah melihat keindahan Cameron Highland...

Kami tiba di atas pun dah lebih Jam 6 ptg,byk kedai dah tutup...Suamiku tetap meneruskan perjalanan kami, sehingga tiba di hot spot ladang teh Cameron Valley,kami singgah untuk bergambar...

Pada mulanya, tujuan kami hanya untuk bergambar, tetapi kebetulan cafe di sana masih buka, kami amik kesempatan untuk menghirup udara segar sambil menikmati teh segar... Memang menenangkan fikiran dibuatnya...

Setelah selesai minum petang, kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke KL semula, tapi kali nie suamiku bawa kami mengikut jalan lama yang menuju ke Tapah... Jalan yang berliku membuat mak kami tidak selesa, imah dan iwan pulak layan tido utk elak mabuk jalan, yang berjaga hanya suamiku selaku pemandu kereta, aku dan jugs abah... Kami singgah ke SS18 Subang Jaya utk makan malam, jadi apabila tib di rumah, yang tggl hanya utk tidur dan berehat sepuas2nya sebab 1 Mei cuti hari buruh...

Friday, 21 June 2013

Petua menghilangkan kuning untuk bayi baru lahir

Saya bercakap berdasarkan pengalaman yang mungkin dapat membantu. Antaranya:


  • Pokok dukung anak - Digunakan sewaktu mandikan bayi

  • Daun kucai - Digunakan sewaktu mandikan bayi

  • Sengkuang cina - Sengkuang di blend dengan air suam dan tapis, air sengkuang diberi kepada bayi sedikit demi sedikit

  • Susu kambing - Susu kambing ada yang kata panas, saya xpernah cuba, tapi kawan2 ajar kalau nak bagi, juz setitik atau 2 titik je.
  • Ubat sensei (beli kat kedai ubat cina) -  - Digunakan sewaktu mandikan bayi (Cara ni sesuai dan serasi dengan Danish)
  • Susu badan - Sebaik-baiknya, susu badan antara yang terbaik untuk bayi yang ada mslh jaundis. Cuma perlu beri dengan kerap, so bayi anda akan kerap untuk poo poo dan dapat membantu dia untuk kurangkan kuning.

Alhamdulillah, jaundis Danish berkurang selepas beberapa hari. Kesian adik, before keluar wad, abes kulit adik terbakar sebab kena jemur bawah "Lampu"...




Welcome to da world my little cute baby boy

24 Mei 2013, tarikh yang bersejarah buat kami atas kelahiran putera yang pertama dan anak yang kedua untuk kami sekeluarga...

Nama diberi Danish Darwisy bin Muhamad Zubir dgn maksud bijak warak... Ibu doakan semoga anak ibu menjadi anak yang seindah nama yang diberi dan menjadi ummah yang berjaya...

Aku berjaya melahirkan Danish Darwisy secara normal dengan bantuan epidural dan support dari sahabat baik aku Dr. Nadia yang sanggup menemani aku dari pagi hingga selesai kelahiran dan proses menjahit... Berkat doa daripada family dan kawan2 banyak juga membantu aku untuk lebih kuat dan semangatku untuk mencapai impian bersalin secara normal berjaya...

Alhamdulillah, atas kurnia dariNya... Segalanya dipermudahkan dan pada jam 1607 doc telah menyambut kelahiran anakku dengan beratnya 3.03kg.