Friday, 29 June 2012

TAHUKAH ANDA? SEDAR TAK KITA?

10 AMALAN ^ T E R B A L I K ^ YG TIDAK DISEDARI ♥

antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi dari keadaan asal:

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, ked...ua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia


SAMA2 KITA AMBIL IKTIBAR, betulkan mana yang bengkok dan baiki amalan sedia ada :)

Aduhai Damia

Ya Allah, hanya Kau saja yang tahu hatiku sekarang... Walaupun penat, tapi hatiku tetap tak tenang selagi anakku Damia masih demam... Namun, Alhamdulillah, Damia semakin rebah daripada demam, yang tinggal batuk dan selesema... Ibu doakan semoga Damia cepat sembuh dan kembali aktif, InsyaAllah...




Custom Glitter Text

Thursday, 21 June 2012

Alhamdulillah...

Seperti yang dirancang, Alhamdulillah, Majlis Menyambut Menantu bagi pihak kami yang telah diadakan pada 17 Jun 2012 (Ahad) berjalan dengan lancar... Segala persiapan telah dibuat sejak dari awal lagi dengan harapan dapat memudahkan kami semua. Semua nya kami buat bersama famili dan jiran tetangga. Kerjasama yang diberikan pun amat menggalakkan. Tidak disangka, ramai juga ahli pakatan yang turun walaupun pada hari yang sama, terdapat lagi 3 majlis di sekitar kediaman family kami.









Pada awalnya, adik memberitahu tiada majlis bersanding, jadi mereka tidak menempah mak andam mahupun pelamin untuk majlis di sini. Tetapi, tidak disangka akal fikiran kami sekeluarga dengan tiba2 merancang untuk membuat pelamin ringkas untuk kami sekeluarga bergambar untuk kenangan.








Aku, jiran sebelah, famili serta suami ku bekerja keras untuk memastikan kami berjaya menyiapkan pelamin dan bilik pengantin yang pada mulanya tidak dirancang. Serba ringkas, namun kami tetap berpuas hati asalkan ada kenangan untuk kami simpan bersama.

Jiran tetangga famili aku pula sangat sibuk menyediakan persiapan makanan untuk para tetamu dan juga pengantin. Tidak disangka juga, menu nasi minyak yang kami rancang digantikan dengan nasi beriani. Memang sedap masakan mereka, ramai tetamu berpuas hati walaupun kami tidak sempat menjamu selera sepanjang majlis tersebut berlangsung.





Custom Glitter Text


Terima kasih yang tidak terhingga untuk semua hadirin terutama ahli pakatan walimatulurus dan jiran-jiran kami yang banyak membantu bermula dari awal hingga ke akhir majlis. Tidak dilupakan juga famili dan saudara-mara yang sudi hadir dan menyumbang tenaga untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar.








Tuesday, 12 June 2012

Pantai Remis

Alang-alang dah balik Kuala Selangor ritu, kami singgah di Pantai Remis (dengan niat untuk beli kerang), tapi sampai je kat sana penuh dengan kereta, parking pun penuh. Dapat je parking, terus kami ke tepi pantai, nak tengok kot2 da lagi kerang yang tersangkut kat celah2 batu... Memang da, tapi kecil2 and tinggal kulit kerang je pun da gak...

Duduk kat tepi pantai nie yang paling best bila dapat layan angin pantai... Best tu, rasa tenang dan nyaman walaupun hidu bau kerang, maklum lah kan dah nama pun Pantai Remis, dah tentu da banyak remis, kerang, kupang, mentarang dan sebagainya...

Kalau korang nak beli kerang, beli kerang dulu, pastu baru layan angin, kalau tidak jadi lah macam kami, kerang abis dijual kat semua tempat... Kalau murah dan fresh, sapa xnak beli kan...

Sampai je kat semua gerai2 kecil, kerang dah abis dijual... Nampak gayanya kami pulang dengan kecewa sebab xdapat layan kerang fresh malam nie... Xpe lah, mungkin sebab hujung minggu dan ari cuti sekolah, so masa nie la parent bawa anak2 kecil...


Custom Glitter Text



Muka Damia melayan angin pantai, ibu lak nak posing aje...


Muka Damia geram tengok abang-abang main ombak (dalam hati macam nak join je)

nak releaz tension...

Adoiiii... Macam2 masalah berlaku bulan nie, Ya Allah, besar sungguh dugaan yang Kau berikan kepadaku... Mula2 aku terpedaya dengan si penjual penipu... So sekarang kena fikir dan atur semula belanja supaya da simpanan macam dulu...

Untuk pengetahuan semua, saya telah menyimpan duit umrah tanpa pengetahuan encik suami, jadi inilah hukuman sekiranya membelakangkan suami. Walaupun niat baik, tapi kalau xdapat keizinan daripada suami, xboleh tau... Ini lah cara saya muhasabah diri semula... Lagipun mungkin ini cara untuk membersihkan pendapatan yang saya terima selama nie... Tu lah, kedekut sangat, padan muka... Hahahahaha...

Pa2 pun, setiap yang saya lakukan da suami, family dan kawan2 yang menyokong dan support saya dari belakang... Kalau terpedaya pun xterasa sgt coz diorg dpt kembalikan semangat saya...

Terima kasih Ya Allah atas kurniaanMu... Hamba Mu bersyukur dan berharap agar mereka sentiasa sihat dan dilanjutkan usia...


Click here for more graphics and gifs!
Custom Glitter Text

Friday, 8 June 2012

Damia oh Damia

Si chumell dah mula aktif, nenek dah mula mengadu macam2 kat ibu tentang perangai anak ibu sekarang... Buat masa nie, anak ibu dah pandai "mengemas", baju2 Damia sendiri pun abes Damia kerjakan untuk nenek... Masa awal2 naik walker, Damia relax lagi, tapi sekarang, setiap sudut umah nenek dia nak gi, jawabnya pintu bilik pun dah kena rapat, kalau tidak, da lak yang tiba2 hilang macam hari tu, tiba2 je dengar bunyi anak ibu membebel kat bilik nenek... Macam biasa lah tu, nak tolong nenek "kemas" bilik la tu...



Makin lasak dan aktif, tanda anak ibu sihat. Paling ibu suka tengok, bila Damia pandai tegur orang dan baby lain... Dah pandai berkawan sekarang, asal nampak baby yang lebih kurang sebaya je, confirm dia tegur... Kadang2 org tegur anak ibu macam baby yg dh 1tahun sebab aktif sangat2...



Ibu doakan, semoga anak ibu akan sentiasa sihat dan menjadi anak yang solehah serta bijak memilih dan membezakan yang baik dan yang tidak baik.

Me'amor birthday

Akhirnya, dapat gak abeskan part citer Langkawi... Dah 1 bulan, baru dapat update coz keja yang melambak...

21 Mei 2012, kami sekeluarga makan di Flaming Steamboat sempena birthday encik hubby tersayang. Mula2 nk buat suprise, tapi terpaksa gtau awal2 gak coz nak booking dengan restoran tu and booking tarikh my hubby.

Ni la 1st kami sambut birthday bersama anak. Bukan main seronok lagi si kecil ibu mengalahkan ayahnya. So, sempena birthday utk yang tersayang, keja ibu untuk serve ayah. Cuma ayah kena tolong jaga Damia, kalau tidak semua makanan dia nak capai.



Ayahnya kecian kat anak, semuanya diberi anak tu merasa, tapi nasib lah anak ibu pun dah nak masuk 6bulan (masa bulan Mei 2012), so kami dah mula ajar makan atas nasihat doktor panel kami. Paling chumell bila Damia dapat makan aiskrim, hahahaha... Macam2 lah perangai Damia yang cerdik nie, siap da memek muka.





Selamat Hari Jadi buat suami tersayang, moga panjang umur, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan jodoh kita hingga ke syurga, insyaAllah.


Thursday, 7 June 2012

Langkawi - Hari Ketiga

Kepenatan dibuatnya sebab semalam berjalan sampai malam. Dapat tidur, sedar2 dah subuh. Itu pun sebab Damia mengamuk nak susu. Apabila bangun daripada tidur, terus bersiap sedia untuk check out. Kami rancang, selepas check out, boleh lah kami teruskan berjalan dan selepas lunch kami gerak terus ke airport.


 
Selepas bersiap, kami terus ke Restoran Rasa Village untuk sarapan. Pakej dah termasuk untuk bilik, rugi juga kalau kami tidak makan. Amat mudah, kat sini pun kami leh pulangkan kunci untuk check out. Pelayan di sini memang sangat ramah, dia siap bertanya pengalaman kami semalam dan memberi kami cadangan untuk berjalan di sekitar Langkawi lagi untuk hari terakhir kami. Seronok juga kan, bukan senang nak jumpa orang-orang yang ramah macam dia.


 
Selepas selesai bersarapan, kami terus menuju ke Underwater World yang terletak kurang daripada 10 minit dari lokasi sarapan kami. Tidak disangka juga, kami antara pengunjung yang terawal. Jawabnya kena lah duduk diluar sebabnya pintu masuk pun belum buka lagi, hehehehe...



Untuk sesiapa yang berminat memasuki Underwater World, tiket untuk warganegara RM28. Kira murah compare dengan tempat lain dan yang pasti, puas hati sebab macam2 ada kat dalam tu.








Setelah lawatan ke Underwater World selesai, kami sambung shopping untuk kali terakhir. Encik hubby mencari Ray Ban kegemaran, manakala saya mencari minyak wangi yang susah sungguh nak cari kat Langkawi. Nasib masing2 dapat seperti yang dikehendaki. Alhamdulillah...



Seterusnya, kami terus ke pekan Beras Terbakar untuk mencari goodies. Confirm sampai opis nanti, da yang bertanya, so kami beli sikit untuk kenangan. Lepas makan tengah hari, kami terus ke airport untuk pemeriksaan kastam. Selepas check in, kami tunggu akak penyewa kereta, lepas pulangkan kunci kereta, terus kami ke balai berlepas untuk menunggu flight kami.



Pengalaman dok kat Langkawi memang menyeronokkan, kami rasa tidak puas sebab xdapat mandi air pantai walaupun dah dok dekat dgn pantai, huhuhuhu... Xpe, next time kami gi 4hari 3malam lak, xpun lebih pun ok, hehehehehe...




Wednesday, 6 June 2012

Langkawi - Hari Kedua 2

Apabila turun daripada stesen kereta kabel, kami berjalan-jalan disekitar kawasan, ala-ala melawat tapak, hehehehe... Memang cantik permandangan di sini, tidak puas mata memandang.


Dah penat berjalan, naik kereta kuda zorro Malaysia lak


Kemudian, tiba-tiba tergerak lak hati mak mertua untuk ke telaga tujuh. Encik suami ku bersetuju untuk memenuhi permintaan mak mertuaku. Kat sana kami kena bayar untuk parking, tapi xda mahal sangat pun. Klu ada yang nak mandi air terjun, pun boleh ke sini... Air terjun kat sini memang tarikan pelancong luar. Tapi bagi kami, tujuan utama untuk melihat telaga tujuh diteruskan walaupun pinggang masing2 dah mula sakit2 sebab menaiki anak2 tangga.





Malang sekali buat kami, Damia mula mengamuk dan menangis tanda tidak selesa. Jadi kami terpaksa turun semula setelah menaiki anak tangga lebih kurang 300++ anak tangga. Tapi setiap perkara da hikmahnya, apabila kami mula hampir titik permulaan anak tangga, hujan lebat mula turun. Nasib baik kami turun sebelum hujan membasahkan kami semua.



Kemudian, kami teruskan perjalanan hari ini ke beras terbakar untuk makan tengah hari selepas hujan mula reda. Mak mertua sempat mandikan Damia sebab anak chumell ibu cuba meninggalkan tanda kat sini. Tiap2 perjalanan, mesti Damia tinggalkan tanda, agaknya nak datang Langkawi lagi kot.

Selepas makan tengah hari, kami balik ke bilik untuk menukar pakaian. Maklum lah, baju dah bau peluh sebab naik anak tangga tadi. Selepas mandi dan solat zuhur, kami bergerak semula untuk ke Makam Mahsuri. Tiba kami di sana, kami diperlawa masuk untuk menonton tayangan Mahsuri. Selepas itu, kami berpeluang untuk melihat barang-barang di dalam Muzium Mahsuri. Tapi ingat, di sini tidak dibenarkan bergambar.





Selepas itu, kami berjalan di sekitar kawasan Mahsuri. Waktu kami sampai lagi sudah ada 5 buah bas yang membawa rombongan daripada Kelantan dan Terengganu. Jadi kami tidak dapat untuk bergambar sangat di sekitar rumah-rumah replika yang ada di sana. Huhuhuhu... Tapi kami dapat peluang lain, ketika kami lalu di sebelah reban merak, si merak menunjukkan kecantikan bulu2 nya dengan mengembangkannya. MasyaAllah, tidak disangka pun akan dapat tengok kecantikan merak masa tu...



Setelah puas berjalan disekitar Makam Mahsuri, kami teruskan perjalanan ke Nusantara. Banyak juga gamat yang kami borong. Semuanya untuk orang diberikan kepada kawan2 dan untuk kegunaan diri sendiri. Minyak gamat di sini sangat terkenal dan sebab utama kami membelinya di sini adalah kerana kepekatan gamat tersebut. Minyak gamat yang dihasilkan sangat pekat dan harganya pun sangat murah.

Puas sudah membeli gamat, kami terus bergerak ke Pekan Kuah untuk bergambar dengan mercu tanda Langkawi iaitu Encik Helang. Sudah semestinya, apabila petang akan ramai pengunjung yang hadir untuk bergambar di Dataran Helang. Cuaca yang sangat cantik menambahkan keindahan ciptaanNya.



Kemudian, selepas puas bergambar, kami terus bergerak ke Haji Ismail Group... Memang rambang mata tengok barang2 dan coklat yang ada disini... Memikirkan yang kami naik flight, jadi kami hanya membeli sedikit barang sahaja... Kemudian kami juga sempat singgah ke Idaman Suri, maklum lah kan... Dua kedai nie memang dah popular, jadi bila dah sampai sini, macam xpuas lak bila xsinggah kat dua kedai nie... Disini kami xda memborong sangat sebab kami dah banyak beli di HIG... Harga pun lebih kurang sama je,hehehehe... Cmna pun, bila dah singgah, mesti da gak yang berkenan dihati...







Ni la yang orang kata, pergi bawa beg sikit, balik tambah beg sampai xcukup tgn nk bw beg coz klu blh semuanya nk dibeli,hehehehehe...