Tuesday, 3 July 2012

TEKNIK MAINAN SAMBIL BELAJAR

23hb Jun 2012, saya, encik suami dan Damia mengikut famili ku ke Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) untuk melawat adik bongsu yang sedang belajar disana. Maklumlah, anak bongsu, baru 1 bulan di sana, dah tanya famili bila nak datang melawat, lebih2 lagi bila dia seorang je yang tidak dapat menghadirkan diri sewaktu kenduri abang nya pada 17hb Jun yg lepas.

Sampai sahaja di KMPk, kami menunggu adik bongsu bersiap dan terus bergerak ke Ipoh... Asalnya nak beli barang, tapi dah alang-alang sampai di sana, terus kami pusing2 dahulu Bandar Ipoh. Memang seronok sesekali melawat kawasan peniggalan sejarah ni. Masih terdapat banyak lagi bangunan2 lama dan artifak sejarah di sini...

Dulu masa saya belajar di KMPk, hanya ada Jusco, Ipoh Parade, Tesco dan UO... Tapi sekarang dah da Mydin Hypermarket di Ipoh... Wahhh, makin sakan tengok orang2 Ipoh shopping kt sini... Bagi kami, xda beza pun di USJ dan Ipoh, cuma kalau dibandingkan keselesaan, selesa lagi di Ipoh...

Damia dapat mainan dari atok dan neneknya... Masa tu dia tengah tido, kalau masa dia jaga, semua mainan Damia minta agaknya...

Tapi sekarang,mainan yang atok bg nie dah jadi favourite dia since Damia pegang mainan nie. Buah yang paling dia suka makan anggur, jadi buah anggur juga yang jadi kegemaran dia untuk bermain... Di ajak "PINK BUNNY" dan "YELSTAR" dia main bersama buah2an nie termasuk la si "CROCODILE"...



Gaya dah macam budak besar bila tengok cara dia main, mulut membebel aje, ibu lak xleh nak faham bahasa Damia, so semuanya ibu layan je la,hehehehehe...



Moga anak ibu akan sentiasa dapat belajar sesuatu yang baru... Ibu akan cuba lagi cari bahan2 yang boleh dijadikan rujukan dan alatan tambahan untuk anak ibu belajar dan menimba ilmu, insyaAllah...


No comments:

Post a Comment