Friday, 6 July 2012

When we at KL Tower

Alhamdulillah, berjaya juga puasa pada hari Nifsu Syaaban bersamaan 15 Syaaban 1433 @ 5 Julai 2012... Seperti yang diniatkan, boss kami belanja untuk semua staff yang berjaya puasa pada hari tersebut... Tapi bagi pihak staff pulak, kami xsangka yang kami akan berbuka bersama dan paling mengejutkan apabila kami berpeluang berbuka di restoran mewah di Menara Kuala Lumpur. Moga rezeki boss kami dimurahkan dan dilanjutkan usianya...



Kami bergerak ke Menara KL selepas waktu bekerja jam1730. Disebabkan jalan yang sesak, kami terpisah. Pada mulanya, kereta yang ibu naiki tiada yang tahu jalan2 yang mungkin short-cut untuk elak kesesakan tersebut, tetapi apabila kami terpisah, terpaksa lah ibu mengeluarkan hp ibu yang baterinya pun xberapa nak ada. Nasib lah da program Garmin yang membantu. Kami berjaya tiba ke destinasi pada jam1800. Tidak pula kami rancang untuk tiba di Menara KL pada masa tersebut. Ada lagi 2 kereta lagi yang belum tiba, sementara menunggu, kami bergambar sambil keliling lobby menara.



Dah dekat jam1930 baru semua sekali sampai... Then kami semua bergerak ke lift sambil diiringi pelayan Menara KL tersebut... Tiba di atas, kami disambut sekali lagi dan dibawa terus ke meja makan... Seronok juga dapat layanan camni, bayar lebih pun xpa coz layanan yang diberi memang tersangat puas hati. Meja kami telah ditempatkan di meja yang telah siap sedia untuk kami semua menjamu selera. Kami terus bergerak ke buffet makanan untuk mengambil makanan yang telah disediakan untuk kami semua berbuka puasa. Alhamdulillah,setelah selesai berbuka, kami terus ke surau sebelum sambung makan, hehehehehehe...






Setelah selesai kami berbuka, bersolat dan kemudian menjamu selera kembali, kami mula bergambar untuk simpanan kenangan. Masa tu pun, perut masing2 dah kenyang dan mungkin dah penuh kot... Pilihan makanan sangat banyak, dari Malay Menu, Chinese Menu, Western, Desert dan macam2 lagi yang da, sudah tentu dapat memenuhi ruang perut kami semua....

Ragam kami yang agak nakal, mungkin menyebabkan kami agak lupa bahawa kami sedang berada di restoran mewah, tapi da kami kisah... Hahahahaha, sikap slumber dan gila-gila menyebabkan kami bergambar tanpa memikirkan orang lain. Pelayan restoran tu pun tersenyum lebar sepanjang kami di sana kerana sikap kami yang ramah, membuatkan kami menambah keseronokan di malam tersebut.



Kenangan nie mungkin tak selalu dapat kami rasa, namun kenangan nie juga xkan kami lupakan... Terima kasih yang tidak terhingga kepada boss kami yang sanggup membayar semua belanja kami di sini. Next time, leh belanja kami lagikan, hahahahahaaha...



No comments:

Post a Comment